Sesi Ujian Tamat. Klik Masuk semula

** PASTIKAN KOD PEPERIKSAAN, ANGKA GILIRAN DAN NO. KP ANDA ADALAH BETUL.

latihan mengambil ujian teruskan ujian lihat keputusan

 

ARAHAN PEPERIKSAAN

 

1. Peperiksaan ini mengandungi 40 soalan aneka pilihan dan masa menjawab soalan adalah 60 minit.

2. Tiap-tiap soalan mengandungi empat (4) pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Pilih satu (1) jawapan sahaja bagi tiap-tiap soalan dengan klik pada ruang jawapan.

3. Sila ambil ingatan kepada perkataan-perkataan seperti kecuali, tidak dll . yang digunakan dalam soalan, oleh sebab perkataan-perkataan ini digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu.

4. Sila ambil ingatan kepada soalan yang panjang, mohon calon untuk skrol pada kotak soalan sehingga soalan habis dibaca.

5. Calon dibenarkan merujuk kepada buku berkaitan sahaja.

6. Calon-calon TIDAK DIBENARKAN MENIRU ATAU BERBINCANG di antara satu dengan yang lain. Calon-calon yang melanggar peraturan boleh DIKENAKAN salah satu daripada TINDAKAN di bawah atau ketiga-tiga sekali:

    a. DISINGKIRKAN daripada menduduki peperiksaan.
    b. Keputusan calon-calon tersebut dianggap KANDAS.
    c. Diambil TINDAKAN TATATERTIB berdasarkan perbekalan-perbekalan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

7. Pastikan anda menghantar jawapan anda dengan menekan butang HANTAR

8. Pastikan anda mengisi borang soal selidik setelah selesai menjawab peperiksaan.

9. Setelah selesai menjawab soal selidik, pastikan anda klik butang KELUAR untuk keluar dari Sistem PPAOnline .